27 February 2010

Gotong-Royong Membersihkan Surau - 27/02/10

Aktiviti gotong royong membersihkan surau telah diadakan seawal jam 8.00 pagi pada 27 Feb 2010 (Sabtu). Kerja-kerja ini adalah persediaan bagi program Forum Maulidur Rasul pada 28 Feb 2010 (Ahad). Terima kasih kepada mereka yang terlibat





Read more...

24 February 2010

Mohon Sumbangan Bagi Pembelian Khemah

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin pada 22 Januari 2010 telah bersepakat untuk membeli khemah khas untuk aktiviti surau. Mesyuarat mencadangkan 2 set khemah untuk dibeli sebagai aset kekal surau. Dengan pembelian ini, Jawatankuasa berharap agar surau tidak lagi menyewa khemah setiap aktiviti surau yang dijalankan. Sehubungan itu, Jawatankuasa Surau memohon kutipan khas daripada muslimin-muslimat bagi tujuan ini. Sumbangan tuan-puan bolehlah disalurkan terus kepada bendahari surau (En. Rizalman) atau Setiausaha (En. Abd Rahman).

Read more...

Pelancaran Program Aqiqah Berkelompok

Surau Al-Muhajirin mengalu-alukan penyertaan muslimin-muslimat di SU3 bagi menyertai PROGRAM AQIQAH BERKELOMPOK. Haiwan aqiqah yang disyorkan adalah lembu atau kambing. Penyertaan masih dibuka. Kaedah perlaksanaan akan diumumkan setelah penyertaan menggalakkan. Sila hubungi Tn Hj Rusmin (019-2083849) untuk keterangan dan pendaftaran.

Read more...

Stok Kain Kapan

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin pada 22 Januari 2010 bersetuju menyediakan stok kain kapan bagi kegunaan pada masa yang diperlukan. Sehubungan itu, 2 set lengkap kain kapan bagi muslimin & muslimat telah dibeli dan disimpan di surau.

Read more...
Warisan MUKMIN

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP