Kuliah Maghrib - 27/12/2009
Penceramah : UST. MOHD AYOB BIN WARI
Saujana Utama 3, Sungai Buloh, Selangor
Penceramah : UST. MOHD AYOB BIN WARI
Surau Al-Muhajirin telah menganjurkan Ceramah Perdana Maal Hijrah 1431. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Shaifudin bin Mat Rasit dengan tajuk Hijrah Dalam Pembentukan Aqidah.
Read more...Tajuk : PEGANGAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH
Majlis korban anjuran Surau Al-Muhajirin telah diadakan pada 27 & 28 November 2009. Sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan pada hari jumaat (27/11/09) manakala 2 ekor lembu, pada hari sabtu (28/11/09). Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk-penduduk Saujana Utama 3 yang bergotong-royong menyempurnakan ibadat korban kali ini.
Dengan segala hormatnya, berikut dikemukakan Laporan Kewangan bagi Tabung Khas Ihya' Ramadhan 1430 setakat 12 Disember 2009
PENDAPATAN................... RM 4,008.00
PERBELANJAAN................ RM 3,638.80
BAKI SEMASA .................. RM 369.20
Yang benar
BENDAHARI
MUSLIMIN / MUSLIMAT SAUJANA UTAMA 3
Assalamualaikum w.b.t.
YURAN BULANAN / SUMBANGAN SURAU AL-MUHAJIRIN, SU3
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk
Satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin Sesi 2009/2010 telah diadakan pada 9hb Mei 2009, bagi membincangkan hal ehwal yang berkaitan.
Ahli mesyuarat telah bersepakat dan bersetuju agar setiap rumah (muslim sahaja) di Saujana Utama 3, menghulurkan yuran sebanyak RM10.00 SEBULAN bagi tujuan pengurusan dan pembangunan surau.
Berikut adalah, anggaran perbelanjaan Surau Al-Muhajirin untuk sebulan iaitu RM1,500.00
a)Sewa surau sementara RM 400.00
b)Bil elektrik dan air RM 50.00
c)Penceramah jemputan RM 150.00
d)Kelas agama mingguan RM 250.00
e)Keperluan dapur dan Jamuan RM 200.00
f)Peralatan/kemudahan surau RM 300.00
g)Perbelanjaan luar jangka RM 150.00
Justeru itu, Ahli Jawatankuasa surau amat memerlukan sumbangan tetap tuan/puan bagi menampung perbelanjaan berkenaan. Bagi penduduk di kawasan Jalan Persiaran Saujana dan Jalan Selasih, kutipan telah bermula sejak 1hb Ogos 2008, manakala penduduk di kawasan Jalan Teratai, kutipan bulanan berkuatkuasa mulai 1hb Ogos 2009.
Sila serahkan yuran bulanan tuan/puan kepada Ketua Blok Surau masing-masing yang telah dilantik
Sekian. Terima kasih.
Yang benar
Pengerusi Surau Al-Muhajirin, SU3
Kategori : AKIDAH Akhlak |
Tajuk : |
Tujuh Golongan Insan Contoh |
Hadith : |
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah |
|
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP